Porsche hantar 145,860 kenderaan separuh pertama 2022, SUV paling laris!

351

Secara keseluruhan, Porsche sudah menghantar 145,860 kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia antara Januari dan Jun 2022, namun ia mencatatkan penurunan sebanyak 5 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Daripada jumlah itu, Cayenne kekal sebagai Porsche paling popular dengan seramai 41,947 pelanggan menerima penghantaran model berkenaan. 

Ini senarai model Porsche mengikut jumlah penghantarannya:

  • Cayenne – 41,947 unit
  • Macan – 38,039 unit
  • 911 – 21,616 unit
  • Taycan – 18,877 unit
  • Panamera – 15,604 unit
  • 718 Boxster dan 718 Cayman – 9,777 unit
Jom Baca:   Jual kotak terpakai, dalam tempoh empat tahun pemuda ini naiktaraf Myvi ke Audi TT

Nampaknya, kenderaan SUV mendominasikan daripada jumlah keseluruhan jualan Porsche di seluruh dunia. Berdasarkan pasaran mengikut rantau, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah adalah yang paling ramai menerima Porsche pada separuh tahun ini. 

Ini senarai peratusan penghantaran kenderaan mengikut rantau:

  • Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah – 62,245
  • Eropah – 43,087
  • China – 40,681 unit
  • Americas – 40,528
  • Amerika Syarikat – 32,529

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here