12 jenis binatang dalam logo kenderaan, Proton pun guna harimau!

29115

Banyak syarikat pengeluar kereta menggunakan haiwan sebagai logo jenama syarikat mereka. Syarikat terkenal yang menggunakan logo haiwan termasuk Ferrari, Porsche, Lamborghini, Alfa Romeo, Jaguar, Ford Mustang dan Peugeot.

Syarikat yang menggunakan haiwan seperti kuda, kerbau dan harimau bintang melambangkan kelajuan, kekuatan dan ketangkasan.



Terdapat 56 logo jenama kereta yang menggunakan logo haiwan untuk menggambarkan produk atau syarikat mereka. Haiwan manakah yang paling banyak digunakan?

  1. Kuda

Kuda adalah simbol paling popular yang digunakan pada logo syarikat pengeluar kereta. Haiwan ini terkenal dengan kekuatan, ketangkasan dan kepantasan.

Terdapat sembilan jenama syarikat pengeluar kereta yang menggunakan logo kuda, iaitu Ferrari (Itali), Porsche (Jerman), Ford Mustang (Amerika Syarikat), Carlsson (Jerman), Kamaz (Rusia), Baojun (China), Eicher (India), IKCO (Iran) , dan Pegaso (Sepanyol).

2. Singa

Singa juga merupakan salah satu simbol paling popular digunakan pada logo syarikat pengeluar kenderaan. Singa melambangkan kekuatan, keberanian dan kepemimpinan.

Singa juga adalah salah satu simbol kerabat diraja dan kuasa yang paling banyak digunakan sejak zaman kuno. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenama kereta yang menggunakan logo singa. Ianya adalah Peugeot (Perancis), Holden (Australia), Roewe (China), MAN (Jerman), BΓΌssing (Jerman), INKAS (Kanada).

3. Burung

Enam syarikat pengeluar kereta yang menggunakan logo burung, adalah Rossion (supercar Amerika Syarikat) Arash (kereta sport United Kingdom), Simca (Perancis), Bizzarrini (Itali), Packard (kereta mewah pada 1899-1958), dan Duesenberg (kereta mewah tahun 1913-1937).

4. Griffin

Griffin merupakan makhluk legenda dengan badan dan kepala singa bersayap helang. Singa secara tradisional dianggap sebagai raja binatang dan burung helang pula dianggap sebagai raja burung. Oleh itu, griffin dianggap sebagai makhluk yang sangat kuat.

Pada zaman dahulu, Griffin adalah simbol kekuatan. Terdapat lima syarikat pengeluar kenderaan yang menjadikan Griffin sebagai logo, iaitu Vauxhall (United Kingdom), Saab (Sweden), Scania (Sweden), Gumpert (Jerman), dan Iso (Itali).

5. Harimau

Harimau bintang sinonim dengan sifat kepantasan, dan kekuatan. Terdapat lima syatikat pengeluar kenderaan yang menggunakan harimau bintang sebagai logo, iaitu Jaguar (United Kingdom), Proton (Malaysia), 9ff (Jerman), HSV (Australia), Cizeta (Itali), dan Spirra (Korea Selatan).

6. Ular

Syarikat yang menggunakan logo ular adalah, Alfa Romeo (Itali), Dodge Viper (Amerika Syarikat), Mustang Shelby (Muscle car Amerika Syarikat) dan Zarooq Motors (UAE).

7. Lembu liar

Terdapat tiga syarikat pengeluar kereta yang menggunakan logo lembu liar, iaitu Lamborghini (Itali), Tauro Sport Auto (2010-sekarang), dan Kaiser (Amerika Syarikat).

8. Burung helang

Terdapat tiga syarikat yang menggunakan logo burung helang, iaitu Eagle (Amerika Syarikat), FPV (Australia), dan Isdera (kereta sport Jerman).

9. Serigala

logo syarikat pengeluar keretaSyarikat pengeluar kereta yang menggunakan serigala sebagai logo mereka adalah Spania GTA (1994-sekarang) dan Lobini (kereta sport Brazil).

10. Anjing

logo syarikat pengeluar kereta

Syarikat yang menggunakan anjing sebagai logo ialah Mack (trak Amerika Syarikat) dan Artega (kereta sport Jerman).

11. Rusa

logo syarikat pengeluar kereta

Syarikat yang menggunakan logo rusa adalah GAZ (Rusia) dan SSC (supercar Amerika Syarikat).

12. Seladang

logo syarikat pengeluar kereta

Haiwan ini digunakan oleh syarikat RAM, pengeluar trak dan van dari Amerika Syarikat sebagai logo kenderaan.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here