Pecut 294km/j berani, bila ditahan polis menangis pulak!

1076

Seorang penunggang motosikal menangis selepas ditahan oleh pihak polis kerana melanggar had laju jalanraya. Dia ditahan kerana menunggang motosikal dalam kelajuan 294km/j.

Menurut sumber, penunggang motosikal tersebut iaitu Michael Workman, 24, memecut motosikal miliknya dalam kelajuan tinggi di sepanjang lebuhraya Interstate 35, Love County, Oklahoma, April lalu.



Pada mulanya, Workman dan rakannya menunggang pada kelajuan 128km/j di jalan dengan had laju 110km/j. Namun dia dan rakannya mengambil keputusan untuk memecut hingga 294km/j setelah dikejar oleh pihak polis.

penunggang motosikal menangis

Pada mulanya, Workman dapat melarikan diri dari pihak polis, namun dia akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan motosikalnya dan meminta maaf kerana kelakuannya.

Pegawai polis yang dikenali sebagai Walter Jack akhirnya berjaya menangkap Workman dan memasukkan dia ke dalam kereta peronda dengan keadaan tangan yang digari.

Menerusi kamera yang terdapat dalam kereta peronda tersebut, terpapar dengan jelas reaksi Workman yang kelihatan meraung sambil menangis kerana menyesal dengan tindakan yang dilakukannya.

Atas kesalahan tersebut, Workman berdepan dengan tuduhan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sebanyak $5,000 (RM21,300).

Sementara itu, rakan-rakan Workman yang melakukan kesalahan yang sama turut ditahan dan menghadapi tuduhan yang sama dengannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here