EON lancar laman sesawang khusus Proton untuk tarik ramai pelanggan

991

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai pengedar kereta PROTON di Malaysia yang kini mengendalikan pusat pengedaran eksklusif PROTON, dan mempunyai sembilan cawangan di seluruh Malaysia.

Kini EON melancarkan laman sesawang khusus untuk operasi Proton bagi meluaskan rangkaian pelanggannya.



Menurut kenyataan Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata jenama yang mempunyai kehadiran dalam talian yang menyeluruh bukan saja berpeluang besar memperolehi kejayaan tetapi menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.

“Dengan lebih daripada 80 peratus pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara dalam talian sebelum membuat pembelian, ia amat bertepatan untuk mempunyai sebuah laman sesawang yang boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.

“Direka dengan tumpuan kepada pengalaman pengguna, laman baharu ini menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model-model PROTON,” katanya.

Namun dengan model terbaru serta rangkaian model-model facelift dari proton, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) kini berada di landasan yang terbaik untuk memanfaatkan populariti kereta nasional itu.

“Melalui laman ini, maklumat dan promosi yang paling tepat dan terkini mengenai produk kami boleh dicapai dengan mudah oleh pelanggan semasa dan juga bakal pelanggan, untuk mereka membuat keputusan pembelian kereta yang tepat.

“Kami juga berusaha untuk menawarkan ruang pameran maya bagi pembeli di Malaysia yang berpengetahuan untuk meninjau dan menempah pelbagai jenis model kereta Proton, walaupun jika bilik pameran terpaksa ditutup akibat apa-apa sebab,” katanya lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here