Pesawat amfibia terbesar dunia, AG600 milik China jalani ujian penerbangan pertama

3272

Pesawat amfibia terbesar, AG600 konfigurasi baharu milik China terbang buat pertama kali melintasi Zhuhai, Wilayah Guangdong China Selatan pada 31 Mei lalu.

Menggunakan kod nama Kunlong, AG600 berlepas dari Lapangan Terbang Zhuhai Jinwan pada jam 10.55 pagi dan menjalankan beberapa misi ujian penerbangan.

Foto yang diambil pada 31 Mei, menunjukkan model konfigurasi baharu pesawat amfibia terbesar AG600 China di Zhuhai, Wilayah Guangdong.

Pesawat itu terbang selama 20 minit sebelum mendarat dan keseluruhan sistem kawalan berfungsi dengan baik.



Menurut Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC), penerbangan itu menandakan kejayaan baharu bagi projek AG600 dan pencapaian besar dalam menambahbaik model pesawat memadam kebakaran berkenaan.

Dengan berat berlepas maksimum 60 tan dan kapasiti simpanan air maksimum sehingga 12 tan, pesawat AG600 konfigurasi baharu itu direka khusus memenuhi keperluan China dalam operasi memadam kebakaran yang besar. 

Pesawat itu dilengkapi dengan kabin tekanan, sistem kawalan penerbangan fly-by-wire, sistem avionik bersepadu, dan sistem untuk misi memadam kebakaran masa depan.

Menurut AVIC, ia juga merupakan pesawat khusus besar buatan China pertama yang dibina di bawah keperluan kelayakan penerbangan pesawat awam. 

Oleh kerana menggunakan ciri peralatan canggih operasi masa depan, pesawat berkenaan  memerlukan pelbagai ujian dan mesti memenuhi piawaian yang ketat. Ia boleh beroperasi dalam cuaca yang kompleks dan pelbagai keadaan persekitaran serta menyelamatkan sehingga 50 orang dalam satu misi.

Pesawat itu dijangka memulakan operasi memadamkan kebakaran bermula 2023. AG600 ialah pesawat hibrid yang boleh berlepas dan mendarat di darat dan air.

Selain operasi memadam kebakaran, pesawat itu juga ditugaskan untuk rondaan maritim dan misi mencari dan menyelamat. 

Sekiranya AG600 ditempatkan di wilayah pulau selatan Hainan, ia dengan mudah tiba di Laut China Selatan dalam masa empat jam. Bahkan berpotensi beroperasi sebagai pengangkut kargo atau penumpang antara pulau-pulau yang dikuasai China di wilayah itu.

Setelah siap, AG600 akan menjadi pesawat amfibia terbesar di dunia, mengatasi pesawat AS-2 Jepun dan BE-200 Rusia.

Sebelum ini, China sudah menjalankan ujian ‘iron bird’ yang melibatkan beberapa bahagian seperti hidung, badan tengah dan belakang pesawat.

Ia menggunakan empat enjin turboprop WJ-6 dengan panjang 121 kaki dan lebar sayap 127 kaki sebesar Boeing 737.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here