Bekas Imam Masjidilharam naik Harley, netizen Twitter pula ‘bitter’

1805

Satu klip video yang memaparkan mantan Imam Masjidilharam, Sheikh Adel al-Kalbani menunggang motosikal Harley dengan berpakaian moden tular di media sosial dan mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan netizen.

Video yang dirakam seorang peminat di aplikasi Snapchat itu menunjukkan Sheikh Adel duduk di atas motor memakai jaket dengan bendera Amerika Syarikat dan beberapa lagi ikon lain.



Sheikh Adel tersenyum dan menunjukkan isyarat dua jari berbentuk `V’ sebagai simbol kedamaian selepas peminat merakam video meminta beliau berbuat demikian. 

Nama Sheikh Adel menjadi trending di Twitter sejak rakaman video itu tular dalam media sosial, Isnin lalu.

Malah, tindakan bekas Imam Masjidil Haram itu juga mencetuskan pelbagai reaksi di seluruh Arab Saudi kerana dianggap luar biasa dan berbeza dengan ulama lain.

“Pendapat saya Sheikh tidak melakukan apa-apa yang dilarang dan beliau bebas melakukan apa yang beliau mahu, tetapi kita sudah biasa melihat Imam-imam, khususnya Imam Kaabah berpakaian dengan cara tertentu, dan kita tidak terima untuk melihat mereka dengan cara lain, ini salah. Serahkan kepada Pencipta dan uruskan isu anda sendiri dan keluarga anda,” kata seorang pengguna Twitter.

“Menunggang motor tidak dilarang,” tweet seorang lelaki di tengah-tengah kritikan daripada beberapa orang mengenai dia tidak berpakaian tradisional.

“Apa salahnya pakai baju moden?! Ini adalah kebebasan, dan tidak seorang pun akan meminta pertanggungjawabannya kecuali Allah. Mengapa kamu melibatkan diri kamu dalam segala-galanya?” kata pengguna lain sebagai tindak balas kepada komen negatif pada video itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here