Honda City Hatchback Facelift dibuka tempahan, imej lebih segar dan agresif

470

Honda Malaysia membuka tempahan City Hatchback Facelift yang dijangka dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Untuk makluman anda, City Hatchback kekal sebagai satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional dan versi dipertingkatkan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menerima peningkatan dari segi penampilan.

Bagi varian e:HEV RS membawanya ke tahap seterusnya, ia menampilkan bahagian luar yang lebih tajam dan agresif.



Varian itu turut menampilkan ciri baharu depan membabitkan:

  • Gril depan Honeycomb rekaan baharu
  • Gril depan bawah dan bampar dengan penampilan yang lebih agresif
  • Hiasan lampu kabus depan

Daya tarikan sporty varian e:HEV RS diserlahkan lagi dengan reka bentuk Hiasan Bawah Bampar Belakang yang anggun, bersama-sama rekaan baharu bagi Hiasan Sisi yang tampak mantap.

Malah, City Hatchback e:HEV RS hadir dengan roda aloi 16 inci Berlina Black yang memberikan rupa menawan.

Masih menggunakan enjin sama seperti sebelum ini:

  • Varian RS dikuasakan1.5L e:HEV yang menghasilkan 109PS dan 253Nm tork, mendominasi prestasi tork dalam kelasnya. 
  • Varian lain menggunkan enjin 1.5L DOHC i-VTEC menyalurkan kuasa sehingga 121PS dengan tork setinggi 145Nm tork. 

Bagi ciri keselamatan pula, semua varian ditawarkan Honda SENSING dengan ciri tambahan Pemberitahuan Berlepas Kereta Utama (LCDN). Sementara itu, varian e:HEV RS menerima ciri tambahan iaitu Low Speed Follow (LSF) untuk fungsi pemanduan yang lebih mudah.

City Hatchback facelift itu dijangka menarik minat golongan dewasa muda dan profesional yang menghargai keseimbangan teknologi canggih, gaya dan praktikal. Ia adalah kereta dengan pakej muda keseluruhan yang memenuhi trend pelanggan yang semakin meningkat semasa.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pada 2021, Honda Malaysia mencipta satu kejayaan dengan memperkenalkan jenis badan City in Hatchback buat kali pertama. 

“Model ini mendapat populariti segera dengan reka bentuk yang menarik perhatian, teknologi canggih dan praktikalnya. 

“Dari jalan di bandar ke lebuh raya terbuka, Energetic Hatchback ini memikat hati sejak penampilan sulungnya pada 2021, melepasi 28,700 unit dalam jualan dan mengesahkan statusnya sebagai sensasi hatchback terunggul Malaysia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai New City Hatchback, anda boleh mengunjungi 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.

Galeri Honda City Hatchback Versi Facelift Di Thailand

Untuk pasaran Malaysia, Honda City Hatchback adalah pengganti Honda Jazz yang diperkenalkan pada Disember 2021.

Ia mempunyai ciri praktikaliti seakan kereta kompak itu selepas menggunakan tempat duduk berciri Kerusi Ultra.

Malah, City Hatchback itu lebih praktikaliti berbanding Jazz sebelum ini dan memberi tambahan nilai kepada pengguna.

City Hatchback lebih ringan 7.3 kilogram (kg) berbanding City Sedan. Selain itu mempunyai ketegaran lebih enam peratus jika dibezakan dengan Honda Jazz yang dijual di Malaysia sebelum ini.

Ruang kaki tempat duduk belakang City Hatchback lebih luas berbanding sedan selepas penggunaan kerusi Ultra, selain sktrukur badannya lebih besar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here