Berita Automotif

Lelaki ini nekad pecut kereta rempuh kumpulan pejalan kaki, lima maut

Lima pejalan kaki yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dalam kejadian di bandar Dalian, China pada Sabtu lalu. Suspek lelaki berusia 32 tahun yang cuba melarikan diri selepas pelanggaran itu, namun dia bagaimanapun berjaya...

Toyota Supra Paul Walker dari filem Fast And Furious untuk dijual

Sesiapa yang meminati siri filem Fast And Furious pasti mengenali Toyota Supra yang dipandu oleh mendiang Paul Walker dalam filem tersebut.  Malah kereta ini mungkin dikatakan Supra paling glamour di dunia disebabkan penampilannya di Hollywood. Ada juga yang mula meminati...

LRT laluan Kelana Jaya bertembung, beratus cedera

Beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi. Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT petang tadi, dipercayai membawa 213...

Pesawat Batik Air rosak gara-gara rempuh jejantas balai pelepasan

Sebuah pesawat Batik Air yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, melanggar sebuah jejantas yang menghubungkan pintu masuk pesawat dengan balai pelepasan, semalam. Akibat pelanggaran tersebut, sayap kiri pesawat itu mengalami kerosakan kecil selain jejantas tersebut turut rosak...

Langgar SOP, enam penghantar makanan dikenakan kompaun RM1,500

Akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dengan tidak memakai pelitup muka serta berkumpul, enam penghantar makanan bermotosikal masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 dalam satu operasi bersasar di Lahad Datu, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan...

Polis berkas lapan individu bergiat aktif curi tabung ekzos

Sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri tabung ekzos kenderaan di Kuala Lumpur tumpas selepas polis memberkas lapan individu dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Jumaat lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, dalam serbuan pertama pada...

Tinggalkan kokpit untuk ke tandas, pemandu kereta api laju Jepun bakal dikenakan hukuman

Jepun cukup terkenal dengan perkhidmatan kereta api laju yang sangat menepati masa. Pengangkutan ini sangat menepati masa, bagi memastikan orang ramai senang merancang perjalanan mereka. Baru-baru ini, seorang pemandu kereta api Jepun, Shinkansen bakal menghadapi  hukuman tatatertib setelah beliau meninggalkan kokpit...

Langgar SOP jika dine-in dalam kenderaan – Polis Sarawak

Premis makanan yang menyediakan layanan dine-in di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian. “Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan...

Max Verstappen kuasai GP Monaco, Hamilton ketujuh

Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen memanfaatkan peluang ketiadaan Charles Leclerc apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco, awal pagi tadi. Pemandu Ferrari, Leclerc yang menghangatkan suasana menjelang saingan setelah menyambar petak pertama bagaimanapun gagal memulakan perlumbaan susulan kerosakan pada...

Kemalangan kereta kabel di Itali, 12 maut

Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kemalangan melibatkan kereta kabel di Tasik Maggiore di utara Itali pada Ahad lalu. Tiga termasuk dua kanak-kanak cedera akibat insiden itu. Kereta kabel Stresa-Mattarone yang menghubungkan bandar Stresa di Tasik Maggiore dan gunung Mottarone yang dinaiki...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe