Imej depan Proton X70 facelift bocor menjelang pelancaran

144

Difahamkan versi facelift Proton X70 bakal dilancarkan tahun ini. Bagaimanapun, sebelum pelancaran rasmi, model intip SUV berkenaan bocor dipercayai sedang menjalani penggambaran iklan. 

Berdasarkan perkongsian imej X70 dengan warna badan Ruby Red di grup Facebook Proton X90 Malaysian Community (MYX90COM) itu menunjukkan SUV tersebut menerima kemas kini pada bahagian gril.

Proton X70 MC2 menerima rekaan gril  Ethereal Bow dengan kemasan Infinite Weave yang sama dengan model S70 dan X90.



Walaupun imej hasil tangkapan Prince El Rachid tersebut hanya menunjukkan bahagian depan, menurut rakan media Funtasticko bahagian belakang X70 hanya akan mengalami perubahan pada bahagian bampar.

Selain itu, difahamkan rekaan papan pemuka X70 bakal mirip dengan Geely Boyue facelift model 2022 dan akan ditawarkan dengan empat pilihan warna badan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here