Anthony Loke : Van pelancong Thailand tidak dibenarkan masuk Malaysia

170

Kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha tersebut akan mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.



“Mereka akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun Anthony memberitahu, tiada masalah bagi bas dari Thailand yang mahu memasuki negara ini melalui pakej yang disediakan, namun perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu untuk mendapatkan permit.

“Tiada had yang ditentukan untuk kemasukan bas tetapi syarikat bas perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan bilangan penumpang dan lokasi penginapan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri Kelantan sudah memohon kelonggaran permit bas pelancong dari Thailand dengan Kementerian Pengangkutan untuk kemasukan kenderaan itu ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here