“Cik B pakai G Wagon RM1.8 juta, tapi minta mama duit minyak dan tol,” DSV

316

Januari lalu, Motoqar melaporkan Cik B yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) mencari kenderaan baharu.

Pempengaruh media sosial dengan nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen baru-baru ini berkongsi telahpun meminang model idamannya yang dilihat Januari lalu iaitu Mercedes-Benz G 63 AMG Brabus 800.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)



SUV berkenaan dibeli sempena ulang tahunnya ke-19 dan menerusi hantaran pada akaun Instagram miliknya Cik B tidak lupa berterima kasih kepada ibunda tercinta, DSV.

“Thank you @datoserivida couldn’t done it without you. Alhamdulilah dikurniakan seorang ibu yang hebat kaya, pandai, bijak, comel dan cantik,” tulisnya.

Menurut DSV, nombor plat unik CB 111 itu menandakan tuah anak perempuannya.

“Cik B beli plat CB. Cik B anak yang hebat, nombor satu. Bisnes Cik B nombor satu, kejayaan Cik B nombor satu,” katanya.

Pada video terbaru, DSV berkongsi Cik B memintanya wang tunai untuk mengisi minyak dan kad touch n go.

Menerusi video pendek itu, Cik B memegang wang tunai sebanyak RM500 yang mana di bahagian mengikut keperluan.

“RM300 isi minyak, 100 top up touch n go, 100 parking, 100 lagi beli snek di Petronas dan duit makan RM50,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya peruntukkan RM300 untuk isi minyak bukanlah dapat mengisi tangki penuh.

“Cik B saja nak cash bayar parking tak boleh guna kad, kad Cik B saya pegang kakak,” kata DSV. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here