Tak nak Brabus, Cik B keliru mahu pilih Mercedes G63 putih atau hitam

338

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida berkongsi sebuah video sedang mencari kenderaan baharu.

Pada awal video, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B berkongsi selain menemani Datuk Vida menghadiri mesyuarat ke Kuala Lumpur, dia juga ingin melihat kereta baharu.

@cikb_havoc

Colour hitam ke putih, guys? Cuba comment #tiktokmalaysia #mercedes #brabus #black #white #blackbeauty #cool #fyp #fypシ゚viral #fypdong #mercedesg63

♬ Beat – beaty



Klip video di pusat jualan menunjukkan Cik B sedang melihat model G Wagon. Bagaimanapun, dia menolak ketika ditawarkan model Brabus oleh Datuk Vida.

“Hari ini Cik B nak beli kereta, Cik B berkenan sangat G63,” katanya.

Namun, anak perempuan tunggal usahawan kosmetik itu dalam dilema untuk memilih warna badan hitam atau putih.

Ketika duduk meninjau dalam kabin, Datuk Vida memberi pandangan untuk memilih warna badan hitam memandangkan perbezaan harga hanya sekitar RM200,000 berbanding putih.

“Korang rasa Cik B patut beli warna putih atau hitam.

“Cik B macam nak warna hitam nampak lagi garang tapi warna putihpun nampak lawa juga,” tulisnya pada video. 

Mercedes G63 berwarna hitam berkenaan merupakan model keluaran 2021 yang dijual bernilai lebih daripada RM 1 juta, menurut pembantu jualan pusat jualan berkenaan. 

Dikenali sebagai SUV mafia, G63 dijana oleh enjin 3.0 liter biturbo V8 yang menghasilkan kuasa 585hp @ 6,000rpm dan tork 850Nm @ 2,500-3,500rpm bersama transmisi Speedshift TCT 9G.

Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 240kmj. Video berkenaan mendapat tontonan melebihi 1.1 juta dan 62,000 tanda suka. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here