Mercedes Benz AMG G63 Jung Kook BTS dilelong pada harga mula RM506,000

1298

Mercedes Benz AMG G63 yang dimiliki ahli BTS, Jung Kook dilelong di laman web Blacklotcars.com. 

Laman web lelong berkenaan merupakan jualan online kenderaan yang sukar ditemui dan dimiliki. Menerusi maklumat yang ada, ahli termuda BTS itu membeli G63 pada 2019 dan menggunakannya selama dua tahun sebelum menjualnya Mac lalu.



Pemilik baharu SUV tersebut ingin melepaskan kenderaan berkenaan pada harga buka KRW150 juta (RM506,079) iaitu hampir 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Mercedes Benz AMG G63 tersebut merupakan edisi terhad dan kereta mafia itu merupakan kenderaan kegemaran Jung Kook yang menjadi penyanyi pembukaan majlis World Cup semalam.

Pemilik SUV tersebut ingin mencari pembeli yang layak dan berharap dapat menghargai kereta mewah itu seperti yang dilakukan oleh BTS Jung Kook.

Laman lelongan Blacklot telah berkongsi gambar Mercedes Benz AMG G 63 dari pelbagai sudut, mempamerkan spesifikasi kenderaan dan butiran penilaian prestasi kereta tersebut.

Laman web Blacklot menyatakan kenderaan itu dipandu oleh selebriti global tetapi tidak menyebut secara jelas nama BTS Jung Kook. Lelongan itu bermula pada 14 November jam 10 pagi dan berakhir pada 21 November jam 4 petang. 

Sehingga 17 November, bidaan tertinggi untuk Mercedes Benz AMG 63 ialah KRW320 juta (RM1.08 juta). Pemilik merancang untuk menderma peratusan jualan kepada badan amal.

Pada Mac lalu dilaporkan Jung Kook membeli Mercedes Benz AMG GT 63 S baharu, versi dinaik taraf bagi Mercedes Benz AMG G63 miliknya sebelum ini.

Mercedes-Benz AMG G-Class dipacu oleh enjin 4.0 liter biturbo V8 dengan kuasa 585hp dan tork 850Nm bersama transmisi Speedshift TCT 9G automatik. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 240kmj.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here