Berita Automotif

Toyota Alphard versi limosin untuk kereta mayat di China

Toyota Alphard di Malaysia dikenali dengan sebuah MPV (Multi Purpose Vehicle) yang biasa digunakan oleh golongan kenamaan sebagai kereta persendirian. Namun di China, MPV ini digunakan sebagai kereta mayat. Toyota Alphard ini bagaimanapun diubah suai terlebih dahulu sebelum dijadikan kereta...

Perodua catat 20,399 unit jualan untuk April, permintaan Ativa kekal tinggi

Perodua menganggarkan jualan sebanyak 20,399 kenderaan pada April – termasuk 4,624 unit Ativa, mewakili lebih 22 peratus daripada jumlah tersebut. Ini melonjakkan jumlah pendaftaran Ativa sejak pelancarannya pada 3 Mac lalu kepada hampir 9,000 unit. Permintaan bagi Perodua Ativa kekal tinggi...

PDRM cadang semua kenderaan diseragamkan dengan e-plate

E-plate atau nombor pendaftaran yang dilengkapi dengan cip keselamatan dicadangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diseragamkan kepada semua kenderaan. Langkah ini bertujuan sebagai pencegahan kes jenayah. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, perkara itu...

Pelantar minyak Naga 7 tenggelam, kesemua 101 kru selamat

Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 di perairan Sarawak dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu tiang sokongan. ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan tengah hari Selasa menyebut kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2:45 petang Isnin...

Malaysia Airlines akan tamatkan perkhidmatan semua pesawat A380

Malaysia Aviation Group (MAG) akan menamatkan perkhidmatan semua pesawat Airbus A380 milik anak syarikatnya, Malaysia Airlines (MAS) menjelang hujung tahun ini. CEO MAG, Kapten Izham Ismail berkata, kumpulan itu sedang melihat kepada cara untuk mengeluarkan kesemua enam unit jet superjumbo...

Servis sepantas kilat! BMW & MINI Service Fast Lane Centre

Auto Bavaria Penang baru-baru ini telah memperkenalkan BMW & MINI Service Fast Lane Centre di Malaysia, khas untuk pemilik yang mahu kenderaan mereka diservis secepat mungkin. Terletak di Jalan Sungai Pinang, fasiliti ini akan menjadi tambahan dari pusat servis asal...

Toyota AE86 ini disumbat dengan enjin GR Yaris!

GR Yaris sememangnya satu jentera yang sangat menarik pernah dihasilkan Toyota dalam era kini. Dan jika dilihat beberapa dekad yang lepas, penghormatan itu adalah terhadap jentera AE86. Kedua-dua model itu menawarkan prestasi menakjubkan dari platform mampu milik dan ringkas, iaitu...

Jualan Proton untuk April 2021 terus meningkat, Saga kembali jadi juara segmennya

Proton meneruskan momentum jualan pada tahun 2021 dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April. Syarikat nasional itu telah menjual sebanyak 15,017 unit (domestik dan eksport) untuk memulakan suku kedua pada tahun ini, yang merupakan peningkatan sebanyak 0.18...

Honda X-ADV dikemaskini untuk 2021, lebih kuasa, harga RM68k

Boon Siew Honda hari ini telah mengemaskini X-ADV mereka untuk 2021. Skuter kembara ini hadir dengan perubahan dari segi rupa, prestasi dan ciri kelengkapan. Dari segi enjin, ia mengekalkan nadi sama iaitu 745cc SOHC dua-silinder. Tetapi output telah ditingkatkan menjadi...

Pemilik meninggal dunia, koleksi 20 Pontiac klasik akan mula dilelong

Koleksi Pontiac klasik milik seorang veteran anggota Tentera Laut dan juga bekas pegawai Pejabat Pos Amerika Syarikat kini sedia untuk dilelong. Individu tersebut dikenali sebagai Bernie Larson, dan mendiang difahamkan sangat meminati Pontiac Trans Am. Sebelum kematiannya, mendiang telah mengumpul...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe