Pemilik meninggal dunia, koleksi 20 Pontiac klasik akan mula dilelong

5478

Koleksi Pontiac klasik milik seorang veteran anggota Tentera Laut dan juga bekas pegawai Pejabat Pos Amerika Syarikat kini sedia untuk dilelong.

Pontiac klasik

Individu tersebut dikenali sebagai Bernie Larson, dan mendiang difahamkan sangat meminati Pontiac Trans Am. Sebelum kematiannya, mendiang telah mengumpul satu koleksi yang terdiri daripada hampir 20 buah Pontiac klasik.



Kesemua koleksi tersebut kini dikatakan akan dilelong di VanDerBrink Auctions.

Pontiac klasik

Menurut acara lelongan tersebut, setelah bersara dari perkhidmatan pos, Larson menghabiskan masanya untuk mencari kereta dan alat ganti untuk dibeli.

Setelah meninggal dunia pada tahun lepas, keluarganya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi kereta klasik tersebut.

Pontiac klasik

Koleksi kereta klasik tersebut terdiri daripada Pontiac Firebird 1971, Pontiac Firebird 1973, dan Pontiac Firebird 1973.

Selain itu, terdapat juga Pontiac Trans Am 1975, Pontiac Trans Am 1977, Pontiac Trans Am 1981, dua buah Pontiac Trans Am 1974, empat buah Pontiac Trans Am 1978, dan empat buah Pontiac Trans Am 1979.

Sebahagian besar kereta yang dipaparkan dalam acara lelongan memerlukan proses baik pulih untuk mengembalikan keadaanya kepada yang asal. Bidaan dalam talian kini dibuka, sementara koleksi alat ganti pula boleh dibeli pada 12 Jun.

Antara alat ganti yang dijual adalah enjin Pontiac klasik, intake, karburator, dan pelbagai panel badan, termasuk bampar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here