Honda ADV350 lancar minggu depan, adakah harga RM30K?

7866

Skuter adventure yang ditunggu-tunggu, Honda ADV350 bakal dilancarkan di Malaysia Auto Show pada minggu depan.

Selain ADV350, Boon Siew Honda akan melancarkan beberapa model lain membabitkan Honda CB750, XL750 dan NX500.

Skuter yang diperkenalkan pada EICMA (2021) itu menggunakan enjin 330cc penyejukan cecair SOHC silinder tunggal. Ia menghasilkan kuasa 28.83hp pada 7,500rpm dan tork 31.5Nm pada 5,250rpm.



Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi USD 37mm (depan) dan suspensi belakang berkembar bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.

Skuter dengan berat 186kg didatangkan dengan tangki minyak bersaiz 11.7 liter yang menawarkan jarak tunggangan sejauh 340km.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah Honda Selectable Torque Control (HSTC), lampu LED, panel meter digital LCD, visor dengan dua tahap pelarasan, kunci pintar, soket pengecas Type-C dan ruangan simpanan 48 liter di bawah pelana.

Boon Siew Honda (BSH) dikatakan membawa masuk versi import (CBU) dari Jepun dan tanda harga ADV350 mungkin dianggarkan sekitar RM30,000-RM40,000. Namun, apa yang motoqar dengar motosikal itu bakal dijual RM39,800. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here