Proton Iswara Aeroback terbakar 50 peratus, meletup tengah isi minyak

936
Sebuah Proton Iswara Aeroback terbakar hampir 50 peratus di Stesen Minyak Petron Repoh, Kangar, Perlis.
 
Pegawai Operasi, PBK I Safry Romly berkata ketika kejadian pemandu sedang mengisi minyak sebelum berlakunya letupan.
 
“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat serpihan cermin yang pecah dan diserahkan kepada petugas ambulans bagi rawatan lanjut.
 
“Kejadian letupan tersebut turut menyebabkan kerosakan di bahagian bumbung stesen minyak berkenaan,” katanya.
 
Tambah beliau, Jabatan Bombda dan Penyelamat Negeri Perlis menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang lalu menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar.
 
“Orang awam yang berada di kawasan tersebut melakukan tindakan awal dengan memadamkan kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api bagi mengawal kebakaran sebelum pihak bomba tiba.
 
“Anggota Bomba yang tiba dilokasi kejadian telah bertindak menyambung kerja-kerja pemadaman menggunakan aliran salur bantu mula daripada jentera bagi mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut sehingga selesai,” jelasnya. 

Laporan mengatakan ini adalah Proton Iswara Aeroback, diambil menerusi keterangan Facebook dari pihak bomba. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here