Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua maut, seorang cedera parah

588

Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru gempar apabila dua anggota polis maut diserang jam 4.41 pagi Jumaat.

Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.

Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram. Susulan panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 diarahkan ke lokasi kejadian.



Difahamkan seorang konstabel dipercayai meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang koperal juga ditembak suspek dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.

Suspek dipercayai ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here