Toyota AE86 ini disumbat dengan enjin GR Yaris!

2720

GR Yaris sememangnya satu jentera yang sangat menarik pernah dihasilkan Toyota dalam era kini. Dan jika dilihat beberapa dekad yang lepas, penghormatan itu adalah terhadap jentera AE86.

Kedua-dua model itu menawarkan prestasi menakjubkan dari platform mampu milik dan ringkas, iaitu sememangnya menjadi kepakaran Toyota.



Jadi perkara ini telah menjadi resepi sebuah bengkel di Jepun, Daddy Motor Works, untuk menggabungkan kedua-dua jentera ini. Mereka menyumbat casis AE86 Levin ‘kosong’ dengan enjin GR Yaris baharu.

AE86 itu merupakan projek peribadi pemilik Daddy Motor Works, Oto-san dimana ia digunakan untuk latihan drifting.

Unit enjin GR Yaris dengan kod nama G16E-GTS dan kit turbo didapatkan secara terus dari Toyota. Oto-san membina intake manifold sendiri, dan enjin itu menggunakan ECU dari Link Fury X.

Cumanya, projek ini bukanlah terus plug-and-play. Enjin GR Yaris itu jauh lebih tinggi dari 4A-G asal pada AE86, jadi ia akan diposisi dengan 2cm lebih di bawah dan 8cm lebih tinggi di bahagian atas.

Tetapi enjin GR Yaris ini tidaklah sepanjang enjin asal, jadi Oto-san mempunyai ruang untuk menghasilkan sistem penyejukannya sendiri berbentuk-V.

Setakat ini, komponen-komponen lain didapati dari kereta-kereta lain. Sebagai contoh, stereng dari Mazda Miata, dan bahagian lain dari Toyota sendiri seperti belakang Crown, differential Altezza, cakera brek belakang Estima, dan paling penting, transmisi manual dari GT86.

Oto-san bercadang untuk membuat ekzos yang terus keluar di hud depan kereta, dan mungkin transmisi sequential yang lebih agresif boleh menggantikan unit dari GT86 itu.

Daddy Motor Works mempunyai masa lebih dari setengah tahun untuk menyiapkan projek ini. Ia dicadangkan untuk dipamer pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2022.

Ini suatu projek yang menarik bagi kami. Jika enjin GR Yaris telah disumbat pada AE86, mungkin selepas ini ada projek dengan platform lebih moden, GT86 pula?

Enjin GT86 asal 2.0-liter boxer menjana sekitar 205hp ‘sahaja’, jadi dengan enjin GR Yaris 257hp pasti menarik kan?

Semua foto adalah dari Speedhunters.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here