Servis sepantas kilat! BMW & MINI Service Fast Lane Centre

1243

Auto Bavaria Penang baru-baru ini telah memperkenalkan BMW & MINI Service Fast Lane Centre di Malaysia, khas untuk pemilik yang mahu kenderaan mereka diservis secepat mungkin.

Terletak di Jalan Sungai Pinang, fasiliti ini akan menjadi tambahan dari pusat servis asal di Jalan Anson.



Dengan keluasan 30,000 kaki persegi, BMW & MINI Service Fast Lane Centre yang berhawa dingin menawarkan pengalaman servis premium. Ia dilengkapi lounge, enam tempat servis, dan dua tempat RATC (Reception at the Car).

Fasiliti ini memfokus kepada servis pantas seperti penyelenggaraan berkala, baik-pulih wear and tear, penggantian tayar, baik-pulih kosmetik, semuanya dengan cepat.

Pelanggan juga akan diberitahu jangkaan tempoh masa servis, termasuk jangkaan kos dan upah. Ia sebahagian dari inisiatif Auto Bavaria untuk memberikan ketelusan kepada pelanggan dalam penyelenggaraan kenderaan mereka.

Serentak dengan pembukaannya, pelanggan yang menghantar kenderaan sepanjang bulan Mei ini akan turut mendapat pemeriksaan 72-poin percuma.

BMW & MINI Service Fast Lane Centre beroperasi enam hari seminggu dari 8pagi hingga 5petang untuk Isnin hingga Jumaat, dan 8pagi hingga 12.30tengahari untuk Sabtu. Ia ditutup pada cuti umum.

Untuk maklumat lanjut atau temu janji, hubungi 04-2932888.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here