Berita Tempatan

Modenas bakal lancar Kawasaki 250cc 28 Julai ini….

Media automotif tempatan menerima e mail jemputan pelancaran model baharu Kawasaki pada 28 Julai ini daripada pihak Modenas.  Selain itu, salah seorang ahli grup Kawasaki Ninja ZX25R Malaysia official turut berkongsi menerima jemputan daripada wakil Modenas untuk ke acara berkenaan. Menerusi...

Kesan gunakan minyak enjin dengan kelikatan lebih rendah daripada spesifikasi

Setiap pengilang akan mencadangkan kelikatan minyak enjin yang sesuai untuk sesebuah kereta. Perkembangan teknologi enjin yang semakin maju menjadikan ia memerlukan kelikatan minyak yang lebih baik. Untuk kereta lama yang masih menggunakan minyak enjin yang lebih likat, mesti ada kesan...

Suspek cabut nombor pendaftaran kenderaan ditahan polis

Seorang wanita dan lelaki yang terbabit dalam kejadian khianat berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Ahad lalu, ditahan polis malam tadi. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kedua-dua suspek...

Malaysia satu-satunya negara Asean yang mempunyai Honda HR-V tiga jenis enjin!

Nampaknya, Malaysia satu-satunya negara rantau Asean yang menawarkan tiga varian enjin untuk Honda HR-V generasi baharu. Jika di Indonesia, Honda HR-V ditawarkan dengan enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC dan 1.5 liter VTEC turbo, manakala satu rangkaian kuasa sahaja iaitu e:HEV...

Honda HR-V terima 20,000 tempahan, tempoh menunggu mencecah 12 bulan

Honda Malaysia menerima sambutan positif untuk generasi baharu Honda HR-V dengan 20,000 unit tempahan.   Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, HR-V direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan.  Menurutnya, popularitinya tidak dapat disangkal, dan ia masih...

Sah! Honda HR-V generasi baharu tawar tiga enjin dengan empat varian, harga bermula RM114,800

Akhirnya, Honda Malaysia melancarkan Honda HR-V generasi baharu dengan ditawarkan tiga pilihan enjin untuk pasaran tempatan. Malaysia boleh dikatakan pasaran yang sedikit istimewa untuk Honda, kerana menjadi satu-satunya negara yang ditawarkan dengan tiga pilihan enjin untuk SUV kompak itu. Ia membabitkan...

Kemalangan tujuh buah kereta, empat maut di Ipoh

Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di KM277.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan anggota dari Balai...

Pemandu maut kereta Hyundai terbakar

Seorang pemandu kereta disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, Petaling Jaya. Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 12.53 tengah hari tadi itu turut menyebabkan kereta Hyundai yang dipandu mangsa terbakar dan musnah sepenuhnya.  Ketua Pusat...

Honda CBR150R Edisi Repsol, terhad 800 unit dengan harga bermula RM13,499

Boon Siew Honda memperkenalkan CBR150R Edisi Repsol yang hanya ditawarkan hanya 800 unit sahaja.  Sejak dilancarkan pada September 2021, Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang menarik di arena supersports dengan keseimbangan prestasi, gaya dan cirinya tersendiri. Liveri Repsol yang ikonik pada...

Pemandu BMW kemalangan cederakan tiga beranak beri keterangan

Polis mengambil keterangan pemandu BMW 330E yang terbabit kemalangan hingga menyebabkan tiga beranak cedera di Kilometer 385.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Tanjong Malim, kelmarin.  Kejadian pada jam 7.30 malam itu tular dalam media sosial sejak semalam selepas seorang wanita...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe