Honda HR-V terima 20,000 tempahan, tempoh menunggu mencecah 12 bulan

759

Honda Malaysia menerima sambutan positif untuk generasi baharu Honda HR-V dengan 20,000 unit tempahan.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, HR-V direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan. 



Menurutnya, popularitinya tidak dapat disangkal, dan ia masih dikekalkan untuk model terbaru ini. 

“Sejak ia dibuka untuk tempahan, HR-V Serba Baharu menerima sambutan positif dengan lebih20,000 tempahan setakat ini.

“Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin  memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada,” katanya.

Hironobu berkata, bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.

Daripada 20,000 tempahan tersebut, 20 peratus adalah terdiri daripada varian paling tinggi iaitu hibrid e:HEV. Varian S yang dilengkapi enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC aspirasi biasa (NA) menyumbang lima peratus jualan, kurang sedikit daripada sasaran asal iaitu sebanyak 10 peratus.

Manakala baki tempahan diwakili oleh dua lagi varian iaitu 1.5 E dan V yang dikuasakan oleh enjin 1.5 turbo.   

Honda Malaysia bagaimanapun memaklumkan bahawa Julai akan menjadi tempoh penting dalam menentukan jumlah sebenar tempahan yang diterima.

Ini kerana ada segelintir pelanggan yang membuat tempahan berganda, dalam usaha mereka untuk mendapatkan kenderaan lebih cepat sebelum tempoh serahan pengecualian cukai yang telah dilanjutkan sehingga.

Julai juga akan menyaksikan kadar pembatalan tempahan daripada pelanggan (jika ada) dan Honda Malaysia boleh melihat trend yang sebenar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here