Suspek cabut nombor pendaftaran kenderaan ditahan polis

667

Seorang wanita dan lelaki yang terbabit dalam kejadian khianat berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Ahad lalu, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang pada jam 9.15 malam tadi.

“Kedua-dua suspek masing-masing berusia 46 dan 18 tahun itu mengaku terbabit dalam kes khianat berkenaan sebelum ditahan untuk siasatan. Kedua-dua suspek direman sehari bermula hari ini.



“Menerusi maklumat awal, suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya dihalang serta bergesel dengan kenderaan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, polis sudah mengenalpasti identiti dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada Sabtu itu, mangsa yang menaiki sebuah Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

Suspek berhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan kemudiannya turun dari kenderaan terbabit. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

Suspek perempuan pula bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampaknya ke arah cermin depan Alphard tersebut. 

Video itu tular di media sosial yang  memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di depan  Alphard bagi menahan kenderaan itu bergerak di Linkedua.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here