Rembat helmet Arai, rider sempat promosi dalam grup Whatsapp

981

Susulan kes rider p hailing yang didakwa mengambil helmet pelanggan yang perlu dihantar,  kini timbul pula satu lagi sisi cerita yang mengejutkan ramai pihak.

Penjual topi keledar berkongsi rider berkenaan sempat mempromosikan barang curi itu dalam kumpulan WhatsApp.

Menurut penjual topi keledar, dia telah melihat sendiri iklan helmet berkenaan.

Menerusi video yang dikongsi, rider mendakwa helmet Arai RAM3 tersebut berharga RM2,100.

“Aku beli RM2,100, cantikkan tapi bolehlah original,” katanya.

RIDER OKU

Namun, beberapa pengguna media sosial telah tampil memberikan komen yang berbeza. Salah seorang individu yang mengenali penunggang tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) pekak dan sengau.

“Maaf aku bukan nak backup ke apa. Tapi dia memang OKU dan anak dia pun OKU sekolah dekat Sri Gombak sama dengan anak aku. Baik orangnya. Tapi aku hairan kenapa tiba-tiba buat hal. Hari-hari angkat anak dia balik sekolah,” tulis individu tersebut.

Individu tersebut juga menambah, penunggang itu juga bukanlah seorang penagih dadah seperti yang disangka ramai.

“Dia bukan kaki isap barang. Jangan tuduh bukan-bukan, percuma dosa sahaja,” katanya.

Walaupun begitu, isu itu menjadi semakin hangat apabila seorang pengguna media sosial menghantar mesej peribadi kepada penjual helmet agar isu itu tidak lagi diviralkan.

Bagaimanapun, permintaan berkenaan ditolak kerana baginya status OKU bukanlah tiket untuk seseorang melakukan perbuatan jenayah, dan hal ini perlu menjadi pengajaran buat semua.

Selepas kejadian itu, penjual berkenaan memuatnaik iklan jualan topi keledar Arai RAM3 Stella Biru tersebut pada harga RM15,000.

“Saiz L, original, bebas touch up, sticker cun bebas putus, tanduk tiada crack, berminat boleh roger,” tulisnya. 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here