Utama Berita Automotif MG S5 EV kini dipasang di Melaka

MG S5 EV kini dipasang di Melaka

9

MG Malaysia mula memasang MG S5 EV mereka di Alor Gajah, Melaka, mulai tahun ini.

Kilang PEPS-JV Melaka terhasil melalui kerjasama SAIC Motor Malaysia dan juga EP Manufacturing Berhad.

Ia berupaya melakukan pemasangan kereta elektrik, kereta hibrid, dan juga kereta petrol.

Untuk pemasangan MG S5 EV, sekitar 120 hingga 180 unit kereta sebulan dapat dipasang di kilang berkenaan.

MG S5 EV 2026 (versi CKD) akan dilancarkan tidak lama lagi pada harga bermula RM 120,000.

Ia mempunyai motor elektrik lebih baik, kuasa setinggi 1551 kW dan 350Nm tork.

Model ini juga menyokong pengecasan pantas 150kW membolehkan pengecasan 10-80 peratus sepantas 26 minit.

Untuk versi LUX, ia mempunyai jarak perjalanan sehingga 446 KM.

Sempena pengeluaran pertama MG S5 EV dipasang di Melaka, MG Malaysia mengadakan promosi pratempah dengan memberikan nilai sehingga RM 10,000 terdiri daripada : – 

  • rebat RM 7,000
  • kotak pengecasan 7kW bernilai RM 2,000
  • kredit pengecasan RM 1,000.

Anda boleh mula melakukan pratempah kenderaan ini bermula hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here