MG Motor Malaysia lancar varian baharu Cyberster RWD bermula RM299,900

43

MG Motor Malaysia memperkenalkan varian baharu Cyberster RWD yang kini ditawarkan pada harga bermula RM299,900. 

Penawaran itu memberikan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah untuk memiliki roadster elektrik pertama di dunia yang menampilkan elektrik scissor doors. 

Dikuasakan sepenuhnya motor elektrik yang menjana 340PS dan 475 Nm tork, MG Cyberster pacuan roda belakang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5 saat. 

Bateri berkapasiti 77kWh menyediakan jarak pemanduan sehingga 508km dan menyokong pengecasan pantas DC daripada 10 hingga 80 peratus dalam hanya 38 minit.

Ia turut dilengkapi roda aloi 19-inci dan angkup brek Brembo memberikan keyakinan dan kawalan yang sepadan dengan prestasinya.

Kedua-dua varian MG Cyberster RWD dan 4WD menampilkan siluet rendah yang anggun dengan rekaan ekor gaya Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah.

Kabin pula dipadankan dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan. 

Di bahagian dalam, pemandu disambut dengan susunan tiga skrin utama yang merangkumi paparan digital pemandu 10.25-inci, dua skrin tambahan 7-inci dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci.

MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna luaran menarik membabitkan: 

  • Dynamic Red
  • Camden Grey
  • Inca Yellow
  • English White

Dynamic Red dan Camden Grey digandingkan dengan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White hadir bersama dalaman kelabu. 

Untuk sentuhan lebih menonjol, bumbung lembut berwarna merah ditawarkan sebagai pilihan tambahan harga RM2,000 berbanding warna hitam standard.

Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster

  • 7-tahun atau 150,000km Waranti Perbatuan Pada Kenderaan 
  • 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi 
  • 8-tahun atau 160,000km Waranti Perbatuan Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor 
  • 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik 
  • Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW

Harga untuk MG Cyberster bermula:

  • MG Cyberster RWD: RM299,900
  • MG Cyberster 4WD: RM319,900

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here