PolicyStreet tawar kredit TnG eWallet RM100 setiap pembaharuan insurans kereta

51

PolicyStreet melancarkan kempen Cash Kembali, yang menawarkan RM100 dalam bentuk kredit Touch ’n Go (TnG) eWallet untuk setiap pembaharuan insurans kereta yang dilakukan melalui platform mereka.

Kempen Cash Kembali bermula 7 Julai 2025 dan akan berlangsung sehingga diberitahu kelak. 

Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira model atau jenama kereta dan tanpa sebarang pembelian minimum. 

Pulangan tunai sebanyak RM100 akan dihantar melalui e-mel dalam bentuk PIN tambah nilai TnG dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee, berkata ramai yang tidak sedar bahawa insurans kereta adalah antara komitmen tahunan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia. 

“Kami mahu ubah tanggapan itu dan mahu mengurangkan daripada satu beban mereka kepada satu ganjaran.

“Anda dilindungi, dan dalam masa yang sama, anda terima pulangan tunai,” katanya.

Lebih banyak kereta, lebih banyak anda boleh jimat!

Yang menarik, pulangan tunai RM100 ini diberikan untuk setiap kenderaan, bukan terhad kepada seorang individu sahaja. 

Bagi rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, anda akan menerima RM100 untuk setiap pembaharuan insurans yang dibuat melalui PolicyStreet. 

Sebagai contoh, jika anda memiliki dua buah kereta dan memperbaharui insurans kedua-duanya melalui PolicyStreet, anda layak menerima RM200. Lebih banyak kereta, lebih banyak anda boleh jimat!

Mudah sahaja nak tebus ganjaran ini. Hanya layari car.policystreet.com dan minta sebut harga. Dengan hanya beberapa klik, anda akan menerima sebut harga daripada beberapa syarikat insurans terkemuka yang dipilih berdasarkan nilai dan perlindungan. 

Nak Lagi Jimat?

Pengguna boleh menggunakan kod PSBELANJA10 untuk diskaun RM10 bagi pembaharuan pertama anda, atau PAYDAY35 untuk diskaun tambahan RM35 dari 25–30 haribulan setiap bulan. 

Diskaun itu boleh digunakan semasa pembayaran, dan pengguna tetap akan menerima ganjaran RM100 selepas pembelian.

Tak nak bayar sekaligus? Bayar secara ansuran sehingga 12 bulan melalui Easy Payment Plan dengan sembilan bank terbabit seperti Maybank, Public Bank dan CIMB. 

Guna kad debit? Anda juga boleh pilih bayaran ansuran melalui Buy Now Pay Later seperti Atome, SPayLater atau PayLater by Grab — siap dengan diskaun semasa pembayaran!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here