MForce : Motor RM50k rosak, isu selesai ikut saluran sah

3670

Kisah seorang pemilik yang mendakwa motosikal Benda LFC 700 Pro bernilai hampir RM50,000 miliknya rosak pada hari pertama pembelian menjadi tular di media sosial.

Perkongsian pemuda berkenaan mendapat perhatian warga maya selepas dikongsi pempengaruh Ayah Pong.

Susulan kejadian itu pengedar rasmi jenama BENDA, MForce Bike Holdings tampil menjelaskan telahpun menangani masalah berkenaan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

MForce mengesahkan syarikat merupakan pengedar rasmi jenama BENDA di Malaysia termasuklah model LFC 700 Pro.

“Antara langkah yang diambil, motor itu telah dibaikpulih sepenuhnya kerana masih dalam tempoh jaminan.

“Pemilik motosikal membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan kes dibicarakan mengikut prosedur serta keputusan telah pun diperoleh,” menurut kenyataan. 

Oleh itu, MForce menganggap isu berkenaan telah selesai melalui saluran yang sah.

Dalam kenyataan tersebut, MForce turut meluahkan rasa kesal kerana ia dihebahkan di media sosial dengan cara yang boleh menjejaskan nama baik syarikat dan jenama.

“Oleh itu, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat serta perkhidmatan selepas jualan yang baik seperti yang dijanjikan,” ujarnya. 

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pemilik mendakwa motosikalnya mengalami kerosakan selepas 39km perjalanan pulang ke rumah, dengan lampu amaran enjin dan pancitan bahan api menyala dan enjin mati secara tiba-tiba.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here