
Seorang penarik motosikal di Pondok Indah, Jakarta Selatan berkongsi berdepan situasi ‘luar biasa’ ketika ingin mengambil kenderaan penghutang.
Video yang dikongsi tular di media sosial yang mana penarik kenderaan itu menjelaskan pemilik motor berkenaan tidak mengamuk mahupu bergaduh.
Pada video yang tersebar, pengutip hutang itu menyatakan ingin menarik motosikal tersebut lalu dia menjadi bingung kerana pemilik yang berbaju putih itu menatapnya sambil membaca doa.
Pemilik itu malah melafazkan doa-doa dengan penuh khusyuk dan dipercayai turut membaca surah Yasin serta doa keselamatan agar motornya tidak jadi ditarik.
“Motor di tarik marah-marah ×, motor di tarik doa biar nggak di tarik ✓,” tulis keterangan dalam video itu.
Kapsyen video juga menambahkan sentuhan jenaka “Pemilik agak lain,” tambahnya.
Banyak yang terhibur dengan aksi tersebut.
ARTIKEL LAIN
[Video] Kereta kena tarik, tular video pemilik rosakkan Honda City