Imej Honda Civic Type R 2023 bocor sebelum majlis pelancaran

902

Imej mengenai apa yang hampir pasti tentang Honda Civic Type R 2023 bocor dalam talian baru-baru ini.

Imej yang bocor itu pertama kali didedah oleh di civic11forum.com dan ini adalah kali pertama Type R baharu yang tidak terselindung dengan pelekat penyamaran.

Berdasarkan gambar itu, bampar yang lebih agresif dan mempunyai lubang udara di hud, selain skirt sisi yang dinaik taraf serta spoiler serba hitam di belakang. 



Terdapat juga brek yang lebih besar dan tayar lebar, sama seperti pada prototaip dengan pelekat penyamaran yang pernah lihat sebelum ini.

Walaupun tidak mempunyai pemandangan dalaman, sebenarnya adalah mudah untuk menekanya kerana ia mungkin dilengkapi tempat duduk serba merah yang sinonim dengan kenderaan Type R

Honda tidak mendedahkan mengenai butiran enjinnya, tetapi menjangkakan ia menggunakan rangkaian kuasa turbo, manual dan pacuan roda hadapan dengan kuasa yang lebih sedikit.

Sebenarnya, tidak sampai 10 hari lagi untuk Honda Civic Type R baharu ini akan dilancarkan yang dijangka pada 20 Julai ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here