Pesawat bawa Rajapaksa mendarat di Singapura petang semalam

858

Pesawat membawa Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, tiba di Singapura menerusi penerbangan dari Maldives, sehari selepas melarikan diri dari negaranya, kata seorang wartawan AFP.

Gotabaya bersama isterinya, Ioma dan dua pengawal peribadi menaiki pesawat milik syarikat penerbangan Saudia Air seperti dimaklumkan seorang pegawai lapangan terbang kepada AFP sebelum ini.



Menurut wartawan AFP, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada jam 7.17 petang.

Rajapaksa, 73 melarikan diri dari Sri Lanka selepas penunjuk perasaan menyerbu kediamannya pada hujung minggu lalu ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk.

Bagaimanapun, mantan presiden Sri Lanka itu dikatakan berada di Singapura hanya untuk tempoh tertentu sebelum ke destinasi seterusnya, mungkin Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Kementerian Luar Singapura, dalam satu kenyataan, berkata Rajapaksa memasuki Singapura untuk lawatan peribadi dan tidak memohon suaka atau diberi suaka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here