Perkhidmatan perbaharui cukai jalan BJAK tiada kelulusan JPJ

1353

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan urusan urus niaga pembaharuan cukai jalan. 

JPJ dalam satu kenyataan berkata, tindakan BJAK mengiklankan perkhidmatan itu melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial adalah tidak benar.



“Terdapat kenyataan yang dipaparkan BJAK melalui laman sesawang iaitu ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

“JPJ juga menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemaskini,” tulisnya. 

Pihak JPJ juga menegaskan tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan BJAK.

Selain itu, pihak berkuasa berkenaan juga menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang mana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK.

JPJ menasihatkan orang ramai agar memperbaharui cukai jalan melalui kaunter dan kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM) sahaja.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here