Berita Tempatan

Suzuki Raider R 150Fi vs Honda Sonic 150R, mana satu yang ‘ngam’!

Nampak serupa tapi tidak sama, sekali pandang Honda Sonic 150R mirip Suzuki Raider. Andai jentera ini berada di pasaran tempatan pasti peminat dua roda pening membuat pilihan. Khabarnya Honda Sonic 150R cukup kental di pasaran Indonesia dan mampu bertahan hingga...

Dua tahun tak balik raya! Ini tips memandu dengan selamat untuk anda

Apabila tiba musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya semakin bertambah dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam jumlah kemalangan.  Tidak dapat dinafikan ada di antara kita yang tidak sabar dan tergesa-gesa untuk pulang ke kampung halaman...

Proton kembali di Afrika Selatan, bakal jual X50, X70 dan Saga

PROTON melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan. Penandatanganan itu, yang diadakan secara maya, akan memulakan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) yang akan bakal dijual pada bulan September.  Penghantaran pertama akan diketuai oleh Proton X50 dan...

Jualan Mitsubishi Motors Malaysia naik 66 peratus FY21, tempat ketiga teratas kategori automotif bukan...

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menamatkan tahun kewangan 2021 (FY21) dalam tempoh April 2021 – Mac 2022 dengan menjual 19,217 unit dengan peningkatkan 66 peratus berbanding 2020 (FY20). Pencapaian yang patut diberi perhatian selepas meletakkan MMM dengan selesa dalam tiga tempat...

Bermula Ahad tak perlu pakai pelitup muka kecuali naik pengangkutan awam

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula Ahad ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemakaian pelitup muka digalakkan di luar bangunan, terutama di kawasan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam serta stadium. "Selain itu, pemakaian pelitup muka masih...

Op Selamat: Pesalah trafik dengan waran tangkap dan tak bayar saman akan dikesan

Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru saja melancarkan Op Selamat yang akan bermula 29 April hingga 8 Mei depan. Pihak berkuasa menjangkakan lebih dari dua juta kenderaan akan bergerak ke serata destinasi menjelang perayaan Aidilfitri nanti. PDRM akan bertindak menahan pengguna jalan raya...

Menteri Pengangkutan: Tiga kenderaan mikromobiliti diharamkan serta merta

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan larangan berkuatkuasa serta merta penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti merangkumi tiga kategori di atas jalan raya. Tiga jenis kenderaan mikromobiliti berkenaan adalah jenis moped, personal mobiliti devices (PMD) dan Personal Mobility Aids(PMA). Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan...

#Spyshot: Model EV Wuling terlaris China dikesan di Malaysia, bakal lancar tak lama lagi?

Kehadiran kereta elektrik (EV) bajet milik Wuling mengatasi  jualan Tesla di China. Hong Guang Mini EV dibangunkan dengan kerjasama syarikat General Motors iaitu pengeluar Ford. Bentuknya yang kecil berkotak dengan panjang kurang daripada 10 kaki menjadi popular dalam kalangan milenial China.  Baru-baru ini,...

PM: 30 lebuhraya seluruh negara tawar tol percuma bermula 30 April dan diskaun sempena...

Sebanyak 30 lebuhraya di seluruh negara menawarkan tol percuma dan diskaun sempena sambutan Aidilfitri 3 Mei ini.  Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, tol percuma dan diskaun itu melibatkan jumlah RM77.11 juta dan akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. “Pemberian...

Dijangka 2 juta kenderaan guna PLUS Aidilfitri ini, ikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di lebuh raya pada 29 April hingga 9 Mei 2022. TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan...