Op Selamat: Pesalah trafik dengan waran tangkap dan tak bayar saman akan dikesan

1622

Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru saja melancarkan Op Selamat yang akan bermula 29 April hingga 8 Mei depan.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih dari dua juta kenderaan akan bergerak ke serata destinasi menjelang perayaan Aidilfitri nanti.



PDRM akan bertindak menahan pengguna jalan raya yang memiliki waran tangkap sepanjang Op Selamat dilaksanakan.

Individu yang memiliki waran tangkap akan dibawa ke balai polis berhampiran sementara pengguna jalan raya yang tidak menjelaskan saman tertunggak akan diminta jelaskan saman.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment’ (ICOPS).

Alat tersebut bertujuan mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak. Op Selamat juga membabitkan pengunaan Alat ‘In Car Radar” Alat ini berfungsi mengesan mana-mana kenderaan yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Bukan setakat mengesan kenderaan sahaja, malah ‘In Car Radar’ juga berupaya mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai rekod jenayah dikehendaki polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here