Lenjan hingga 417kmj di Autobahn, pihak berkuasa Jerman tidak mahu dakwa pemilik

1071

Jutawan Czech Republic tidak akan didakwa selepas memandu Bugatti Chiron mencecah  417kmj di sepanjang lebuhraya Autobahn Jerman.

Kisah itu mendapat perhatian pihak berkuasa pada November 2021 apabila Radim Passer berkongsi rakaman aksi itu di YouTube yang mencapai kelajuan 414kmj.



Video kedua yang dikeluarkan oleh Passer beberapa bulan kemudian menunjukkan bahawa dia sebenarnya mencapai 416.8kmj.

Video yang tular itu sampai ke pengetahuan Kementerian Pengangkutan Jerman dan tidak lama kemudian, pendakwa raya Jerman melancarkan siasatan.

Walaupun Passer mungkin berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda yang tinggi, pendakwa raya di bandar Stendal memutuskan tidak mendakwa Passer. 

Pemandu kenderaan boleh didakwa memandu secara melulu di Autobahn walaupun tiada had laju di lebuhraya berkenaan.

Pendakwa raya berkata Passer tidak membahayakan pengguna lain kerana dia menjalankan ujian pecutan pada awal pagi yang mana ketika itu tidak banyak kenderaan di laluan tersebut. Malah, Passer berkata hanya melepasi 10 kereta sepanjang laluan 10km itu.

“4:50 pagi pada hari Ahad. 10 kereta setiap 10km jadi satu kereta setiap 1km. Penglihatan yang baik adalah kira-kira tiga hingga empat kilometer terus ke depan jadi ada cukup masa untuk bertindak balas,” tulis Passer pada kapsyen YouTubenya.

“Chiron boleh brek dari 400 ke sifar dalam tempoh 9 saat dalam jarak 490 meter. Semua kereta berada di lorong paling kanan. Terdapat pagar di sepanjang jalan raya, jadi tiada haiwan boleh mengganggu,” jelasnya menerusi video yang mencapai 11 juta tontonan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here