Ketahui 8 fakta keunikan Hennessey Mammoth 1000 6X6 TRX yang berharga RM1.96 juta!

960

Jentera anda lihat ini, ia adalah sebuah trak pikap gergasi yang dihasilkan oleh syarikat talaan terkemuka Amerika Syarikat iaitu Hennessey.

Jentera dengan enam tayar ini, ia dipanggil Hennessey Mammoth 1000 6X6 TRX yang menggunakan enam roda.



Jentera ini sangat istimewa dan ini adalah fakta yang anda perlu tahu tentangnya: 

  1. Ia menggunakan badan asas trak pikap Dodge Ram TRX.
  2. Jentera itu melakukan penambahan gandar ketiga untuk memuatkan dua roda tambahan dengan panjang ditambah kepada empat kaki lagi.
  3. Panjang jentera itu mencecah 7.2 meter dan lebarnya pula mencecah 2.2 meter.
  4. Panjangnya itu boleh menyamai 2 unit Ford Fiesta. 
  5. Hanya 12 unit dikeluarkan setiap tahun dengan harga dijual bermula USD 449,950 (RM1.96 juta).
  6. Guna enjin V8 berkapasiti 6.2 liter yang mampu menyalurkan  1,012bhp
  7. Syarikat itu sudah membina dan menghantar lebih daripada 20 unit jentera enam roda kepada pelanggan di seluruh dunia.
  8. Pelanggan sasaran untuk kenderaan itu kemungkinan besar di Amerika Syarikat dan Timur Tengah, di mana rangkaian jalan lebih luas dan lurus yang sesuai dengan jentera itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here