Menteri Pengangkutan: Tiga kenderaan mikromobiliti diharamkan serta merta

1620

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan larangan berkuatkuasa serta merta penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti merangkumi tiga kategori di atas jalan raya.

Tiga jenis kenderaan mikromobiliti berkenaan adalah jenis moped, personal mobiliti devices (PMD) dan Personal Mobility Aids(PMA).



Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50kmj.

PMD dan PMA pula adalah kenderaan yang dipacu oleh kuasa manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25 km/j seperti skuter berkuasa elektrik dan kenderaan bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Seri Wee Ka Siong tiga kenderaan mikromobiliti berkenaan masih boleh digunakan di dalam bangunan serta kawasan yang tiada percampuran aliran trafik asalkan bukan di jalan raya.

Pengunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan akan dipertimbangkan seandainya pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan infrastruktur jalan yang menyokong penggunaan kenderan tersebut. 

Menurutnya, basikal elektrik adalah dibenarkan. Pengguna mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sementara itu penggunaan basikal dengan bantuan elektrik hanya yang memenuhi speksifikasi Malaysia Standard MS2514 : Electric Bicycles Specification sahaja dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Beliau juga menyentuh insiden yang meragut nyawa lapan orang nahas basikal lajak. Pengunaan kenderaan berkenaan dengan percampuran aliran trafik dikhuatiri mengundang insiden yang sama.

Larangan terhadap tiga kenderaan mikromobiliti berkenaan dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 yang berkuatkuasa 17 Dis 2021.

Tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1978 iaitu kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis adalah agensi yang akan menguatkuasakan perintah larangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here