Lambakan simpanan aset pesawat tentera Rusia boleh dilihat jelas di Google Maps tanpa ‘sensor’

31794

Khabar angin palsu di media sosial membuatkan beberapa detektif online melakukan pencarian berkaitan pesawat tentera Rusia yang paling jarang ditemui dan terahsia di Google Maps.

Pada awal minggu ini muncul foto satelit Google Maps yang menunjukkan lokasi tapak tentera Rusia. Bukan perkara baharu bahawa Google Maps ‘menutup’ pangkalan tentera.



Penyelidik imej melihat banyak kawasan dikaburkan yang dipercayai kegunaan ketenteraan dan syarikat itu pernah menyembunyikan penjara Perancis selepas banduan melarikan diri menggunakan imej daripada Google Maps.

Bagaimanapun beberapa lokasi disembunyikan kerana Google Maps menggunakan imej resolusi rendah di kawasan yang kurang mendapat perhatian orang awam, seperti pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di luar bandar dan Afghanistan.

Hari ini, kebanyakan tapak AS yang berkepentingan tinggi, seperti kompaun rumah bagi unit operasi khas rahsia dan pangkalan peluru berpandu boleh dilihat di Google Maps dalam definisi tinggi.

Kembali semula pada imej pangkalan Rusia itu, ramai penganalisis dan Google sendiri menyatakan syarikat itu tidak membuat sebarang perubahan pada liputan Rusia minggu ini.

Tetapi penganalisis lain menegaskan kualiti imej di laman Rusia meningkat secara tiba-tiba. Berita bahawa imej tapak tentera Rusia tiba-tiba menjadi lebih jelas membuatkan ramai pengintipan imej amatur memeriksa hab tentera Rusia tersebut. 

FOKUS KAWASAN LAPANGAN TERBANG LUAR MOSCOW

Beberapa pemerhati memfokuskan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky luar Moscow yang berkongsi landasan dan parkir dengan Institut Penyelidikan Penerbangan Gromov (LII).

Lapangan terbang dan pusat penyelidikan itu mempunyai sejarah panjang berkaitan pesawat yang jarang ditemui. LII menjadi pusat ujian penerbangan Rusia berbanding beberapa Pangkalan Tentera Udara Edwards sejak Perang Dunia II dan Zhukovsky telah menganjurkan beberapa pertunjukan udara antarabangsa.

Di lokasi tersebut terletaknya kapal terbang yang jarang ditemui dan pesawat yang hilang serta pesawat besar unik yang sudah reput berselerak di sekitar barisan penerbangan.

Jika diperhatikan sekitar lokasi (imej atas) tersebut tersimpannya beberapa pesawat lama. Misalnya kapal angkasa Buran yang  tidak pernah sampai ke angkasa lepas. Sementara di sebelahnya ada dua helikopter Mi-26 Halo.

Anda dapat melihat helikopter itu lebih panjang daripada kapal angkasa tersebut. Ini kerana Halo adalah helikopter terbesar yang dihasilkan secara besar-besaran dalam sejarah.

Kapal angkasa Buran

Walaupun bilahnya hilang pada kedua-duanya, anda boleh melihat kepala rotor besar yang menjadi rumah lapan bilah kipas. Badan Halo pula dua kali lebih besar daripada helikopter terbesar tentera AS, CH-47 Chinook, dan boleh membawa antara 70 dan 90 tentera, bergantung pada peralatan dan konfigurasi.

VM-T Atlant

Di sebelah selatan kapal angkasa itu, di atas padang rumput yang terbuka luas berhampiran landasan utama lapangan terbang terletaknya pesawat pengangkut VM-T Atlant gergasi, pesawat pengebom yang diubah untuk membawa Buran di belakangnya.

VM-T ialah pengebom M-4 Rusia era 1950-an. Lokasi VM-T yang terletak tidak jauh dari landasan utama Zhukovsky membolehkan penumpang pesawat komersial melihat pesawat berkenaan.

Tu-144

Sementara di hujung kanan di luar hangar berdekatan terletaknya Tu-144 iaitu sebuah pesawat Mach 2. Barisan itu hampir menampilkan semua pesawat pejuang MiG terkenal bermula dari MiG-21 (1950-an) hingga jentera terpantas MiG-25 dan MiG-31. 

Bahagian paling mencuri perhatian adalah barisan enam jet yang dalam keadaan pelbagai peringkat kerosakan. Ia termasuk Yak-28, versi jet Harrier milik tentera laut Rusia yang mampu berlepas menegak.

Selain itu, turut tersedua beberapa versi Su-27, salah satu pesawat pejuang paling moden di dunia yang diterbangkan oleh Rusia dan Ukraine dalam perang baru-baru ini.

Tepat di seberang laluan teksi dari barisan pejuang utama terletaknya prototaip MiG 1.44. Menurut beberapa sumber, pesawat pejuang bersayap delta itu terbang hanya dua kali.

Tu-160 Blackjack dam Tu-95 Bear

Selain itu, anda juga boleh melihat barisan pejuang Tu-160 Blackjack dan Tu-95 Bear yang jelas rosak. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here