#Spyshot: Model EV Wuling terlaris China dikesan di Malaysia, bakal lancar tak lama lagi?

1434

Kehadiran kereta elektrik (EV) bajet milik Wuling mengatasi  jualan Tesla di China. Hong Guang Mini EV dibangunkan dengan kerjasama syarikat General Motors iaitu pengeluar Ford.

Bentuknya yang kecil berkotak dengan panjang kurang daripada 10 kaki menjadi popular dalam kalangan milenial China. 



Baru-baru ini, pengguna Facebook Zulfadli Mustafar berkongsi imej intip Wuling Hongguang Mini EV di Malaysia yang dikongsi di grup Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC).

Model yang dikesan di atas lori pengangkut itu adalah Macaron Edition. Ia dijana oleh motor elektrik dengan kuasa 27hp dan tork 85Nm bersama dua pilihan bateri lithium-ion, 9.3kWj dan 13.9kWj.

Saiznya juga dipertingkatkan dengan 80mm panjang dan lebih rendah 17mm menjadi 1,604mm. EV berkenaan memiliki kelajuan maksimum 100kmj dan boleh memuatkan empat penumpang. 

Di China model itu dijual pada harga antara RM22,000 hingga RM46,000 dengan empat pilihan varian. 

Wuling EV begitu popular dalam kalangan pengguna muda di China  kerana mudah dimodifikasi kerana saiz yang comel selain murah. Bahkan hasil ubah suai pemilik turut meningkatkan lagi populariti kereta berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here