Ritz Carlton bakal debut kapal pesiar Evirma Ogos ini, hotel bergerak serendah RM54k

1378

Ritz-Carlton Yatch Collection bakal melakukan debut kapal pesiar pertama yang dinamakan sebagai Evirma Ogos depan.

Seharusnya projek lima tahun lalu tersebut melakukan debut lebih awal bagaimanapun kerana pandemik dan kekangan bajet, syarikat Ritz-Carlton perlu menunda hotel atas laut pertama mereka itu. 



Selepas bertahun-tahun kelewatan disebabkan Covid-19, difahamkan bahawa projek itu melebihi bajet AS55 juta (RM238 juta) dan akhirnya Evrima bakal memulakan pelayaran tujuh malam ke Greece.

Ketika di laut lepas, tetamu akan mendapat layanan Ritz-Carlton di atas kapal sepanjang 623 kaki dan 10 dek itu. Sebagai perbandingan, kapal persiaran terbesar dunia Royal Caribbean’s Wonder of the Seas memiliki panjang 1,188 kaki.

Evrima lebih kecil berbanding kapal pesiar mega tersebut. Bagaimanapun saiz tersebut boleh mengakses pelabuhan seperti Greece dan Perancis menurut Ritz-Carlton.

Kapal berkenaan dilengkapi 149 bilik dengan kapasiti penumpang 298 orang dan 246 krew. Kesemua bilik Evrima ditawarkan pemandangan laut, katil bersaiz king serta pilihan bilik dengan konsep terbuka lebih besar.

Ketika hari pelayaran yang panas, penumpang boleh menghabiskan waktu petang di jakuzi dan kolam infiniti serta pantai persendirian.

Penumpang juga boleh menghabiskan masa mereka di laut bersantai di beberapa ruang  termasuk dek pemerhatian terbuka, ruang istirahat, bar koktel dan bar piano.

Selain itu, kapal pesiar dengan kelajaun 18 knot itu juga dilengkapi dengan bilik spa, gim dan beberapa buah restoran bermula dari bar sushi hinggalah gril Mediterranean di bahagian luar. 

Untuk merasai pengalaman tinggal di hotel yang bergerak di laut lepas ke Turki dan Greece anda perlu membayar harga bermula dari AS12,500 (RM54,062). Harga ini meningkat dua atau tiga kali ganda untuk suite yang paling mahal.

Evrima masih belum memulakan pelayan sulung tetapi jenama itu sudah mempunyai rancangan untuk melancarkan dua kapal persiaran seterusnya iaitu Ilma dan Luminara, masing-masing pada 2024 dan 2025.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here