Toyota GR Supra guna enjin 2JZ, ujian dyno capai 917hp!

1507

Ketika pengenalan generasi baharu Toyota GR Supra, pengeluar Jepun tersebut tidak lagi menawarkan enjin 2JZ sebaliknya memilih janakuasa daripada BMW 3.0 liter turbo.

Ini kerana 2JZ sudah lama berdasarkan teknologi 30 tahun yang lalu. Daripada segi emisi dan ketahanan, enjin tersebut agak berat dan kurang efisien.



Bagaimanapun, seorang pemilik GR Supra bertindak menyumbat enjin 6-silinder sebaris 2JZ ikonik ke dalam kereta miliknya. Bolehkah anda memasukkan enjin 2JZ yang lebih lama ke dalam casis Supra baharu.

Jawapannya boleh dan anda harus serahkan kepada profesional kerana satu-satunya Supra baharu dengan 2JZ yang wujud pada masa ini didorong oleh drifter profesional Daigo Saito.

Walaupun masih mengekalkan sesaran asal, enjin berkenaan dinaiktaraf pada beberapa bahagian komponen misalnya, cam, omboh serba baharu dan unit turbo 62mm daripada Precision 7676.

Kemudian, pemilik menggunakan kotak gear Getrag 420G yang digunakan oleh model BMW M3 E46 dan differential belakang daripada M3 E92.

Menerusi ujian dyno yang dilakukan menggunakan gear 3, GR Supra dengan enjin 2JZ itu mampu mencapai 917hp. Untuk ujian ketiga dan terakhir, GR Supra mencatat 897hp.

Selain itu, antara naiktaraf lain dilakukan termasuklah penggunaa  rim Work, sistem brek baharu, sayap belakang lebih besar dan sistem ekzos dengan tip saluran tunggal.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here