Jualan Mitsubishi Motors Malaysia naik 66 peratus FY21, tempat ketiga teratas kategori automotif bukan nasional

676

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menamatkan tahun kewangan 2021 (FY21) dalam tempoh April 2021 – Mac 2022 dengan menjual 19,217 unit dengan peningkatkan 66 peratus berbanding 2020 (FY20).

Pencapaian yang patut diberi perhatian selepas meletakkan MMM dengan selesa dalam tiga tempat teratas kategori automotif bukan nasional.



Mitsubishi XPANDER terus mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia, dan juga menerajui jualan untuk jenama Mitsubishi Motors.

Crossover tujuh tempat duduk itu menutup tahun kewangan dengan jualan 9,065 unit, yang menyumbang 47.2 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

Mitsubishi Triton juga mengekalkan penguasaan pasaran hampir 21.4 peratus dan kekal sebagai satu pilihan kegemaran dalam segmen trak pikap di Malaysia. Mitsubishi Motors menjual 9,420 unit Triton pada FY21 iaitu peningkatan 24 peratus berbanding FY20.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda, berkata, pihaknya sedar bahawa sebilangan besar pelanggannya menyasarkan untuk membeli kereta mereka sebelum pengecualian SST tamat pada akhir Jun.

“Kami meneruskan usaha terbaik untuk memenuhi nombor tempahan, dan kami sudah meningkatkan kapasiti pengeluaran sambil mengekalkan tahap kualiti produk yang tinggi,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here