Terlalu bising, beberapa jalan di Jerman tidak boleh digunakan rider!

1450

Pihak berkuasa di Feldberg, Jerman memutuskan untuk menutup sementara beberapa jalan di kawasan itu. Ini kerana lokasi tersebut sering dilalui penunggang motosikal yang dianggap membuat bising.

Sekatan itu berkuatkuasa April 2022, dan dijangka berterusan sehingga Oktober tahun ini. Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertimbangkan sekatan itu sebagai langkah percubaan.



Kemudian pengharaman motosikal di jalan-jalan tertentu boleh diteruskan atau diselesaikan. Sebelum ini, PBT melaksanakan larangan sama yang digelar sebagai “pembatalan bunyi” yang dijana melalui kenderaan roda dua. 

Keputusan ini mengundang kontroversi. Puncanya kerana segelintir penduduk di kawasan itu bergantung kepada motosikal untuk bekerja, dan menganggap motosikal sebagai aktiviti riadah.

Di samping itu, secara keseluruhan pasaran motosikal adalah besar di Jerman. Keputusan tersebut turut mendapat perhatian Persatuan Persekutuan Penunggang Motosikal Eropah.

Salah satu persoalannya ialah sama ada larangan itu akan dikenakan kepada motosikal elektrik dan skuter.

Sementara itu komuniti motosikal di Jerman, yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan Penunggang Motosikal Jerman (BVDM) cuba membuka dialog dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu tersebut, tetapi tidak berjaya.

Seperti yang diketahui, Jerman bukanlah negara pertama yang mula melaksanakan sekatan ini. Perancis telah lama bereksperimen tentang cara mengurangkan pencemaran bunyi daripada motosikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here