Honda Africa Twin 2018 – Warna baru

1131

Matt Ballistic Black Metallic. Itu lah pengumuman terkini dari Boon Siew Honda (BSH) varian warna baru untuk jentera Adventure 2018 Honda Africa Twin. Model standard Africa Twin kini boleh didapati dalam pilihan warna yang unggul di kenali ‘Matt Ballistic Black Metallic‘ .

Warna baru dengan daya tarikan tampak bergaya bersesuaian dengan prestasi Africa Twin. Kesesuaian model ini bagi tunggangan di pelbagai keadaan, menjadikannya motosikal pilihan yang tepat.



Motosikal kembara kebangaan Honda dengan enjin berkembar serta disejukkan cecair 998cc yang menghasilkan 94hp pada tahap 7,500 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 6,000 rpm.

Dipasangkan dengan casis dan bodywork yang kuat. Tungganglah ke mana destinasi yang di hajati, pastikan anda fokus pada tungganggan dan Honda Africa Twin menjanjikan kepuasan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here