Bekalan momentum positif Syafiq Rosli untuk Perlumbaan di Batu kawan

2782

Md Syafiq Rosli mendapat dua podium berturut-turut dalam saingan kelas CP115 baru-baru ini. Kemenangan tersebut menjadi bekalan positif buat Syafiq Rosli untuk mengharungi pusingan kelapan akan datang.

Pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS itu bakal berlangsung di Batu Kawan Pulau Pinang. Perlumbaan itu bakal diadakan pada 27 dan 28 Oktober ini.

Pelumba Elf Koyoko Honda KC Racing itu muncul pemenang tempat ketiga sewaktu pusingan keenam di Perlis.



Dia muncul menjadi pelumba tunggal memacu jentera Honda ke pentas podium sewaktu pusingan lepas di Terengganu.

“Pada peringkat awal musim, prestasi saya tidak begitu konsisten apabila sekadar menamatkan saingan di kelompok pertengahan. Namun keadaan semakin baik pada penghujung musim ini dan saya berharap dapat mengekalkan momentum serupa di Batu Kawan nanti,” jelas Syafiq.

Syafiq kini menghuni tangga ketujuh keseluruhan dengan 59 mata selepas terlibat dalam tujuh perlumbaan.

Namun setakat ini dia belum lagi mampu mencabar takhta keseluruhan yang kini dipegang oleh Tengku Amirul Haffirudin.

Tengku Amirul  berjaya mengumpul sebanyak 163 mata ketika perlumbaan hanya berbaki tiga pusingan sahaja lagi.

“Peluang untuk mengejar gelaran pendahulu memang sudah tertutup tapi saya berharap dapat menyekat Tengku Amirul daripada terus memenangi perlumbaan. Setidak-tidaknya ia dapat memperbaiki kedudukan ketika ini dan saya dapat berada di atas podium lagi.”

“Mudah-mudahan pasukan sekali lagi dapat membekalkan jentera terbaik kepada saya kerana bukan mudah untuk saya menyekat penguasaan barisan-barisan pelumba Yamaha yang menguasai perlumbaan musim ini tanpa bantuan pelumba Honda yang lain dan jentera yang terbaik.”

Semoga Syafiq Rosli bakal menunjukkan prestasi yang lebih baik pada perlumbaan di Batu Kawan, Pulau Pinang akan datang berbekalkan momentum positif perlumbaan lepas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here