AJP Motorcycles tawar pilihan baharu untuk motosikal off-road

2280

Jika anda dalam dunia motosikal off-road, terdapat pilihan terbaharu untuk anda. AJP Motorcycles baru-baru ini memperkenalkan empat motosikal off-road iaitu PR3, PR5 dan PR7 dengan kapasiti enjin berbeza.

Harga rasmi masih menunggu kelulusan dari kerajaan, namun pengedar AJP mengatakan bahawa harga PR5 adalah dari RM23,000 hingga RM35,000 bergantung kepada varian, dan PR7 akan dijual dari RM55,000 hingga RM60,000.



Untuk yang masih tertanya-tanya, AJP Motorcycles ditubuhkan pada 1987 dengan nama dari adik-beradik Antonio dan Jorge Pinto. Komponen pacuan dan enjin pula adalah dari syarikat China, ZhongShen manakala penghasilan casis dibuat di kilang AJP di Penafiel, utara Portugal.

Tiga pilihan untuk AJP PR5 – Enduro, Extreme dan Supermoto. Kesemuanya menggunakan enjin 249cc tiga-silinder dengan transmisi enam-kelajuan. Enjin ini menjana 30hp dan 27Nm tork.

PR5 diberikan suspensi ZF Sachs 300mm di depan dan belakang, dan cakera brek bersaiz 260mm (Enduro dan Supermoto) atau 270mm (Extreme).

AJP PR7 pula dipacu oleh enjin 600cc silinder tunggal yang menghasilkan 60hp dan dipadan dengan transmisi enam-kelajuan. Suspensinya juga adalah dari ZF Sachs, namun dengan travel 300mm depan dan 280mm di belakang.

Nantikan laporan lebih menyeluruh selepas kami mendapat pengumuman harga rasmi nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here