Atasi cabaran memandu di bulan puasa dengan tips-tips ini

2480

Tibanya bulan puasa atau Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, kebanyakan kegiatan seharian seperti memandu ke tempat kerja tidak berubah. Namun ia boleh menjadi cabaran jika beberapa perkara tidak diambil perhatian.

Silap-silap, rasa marah dan geram boleh mengurangkan pahala puasa dan lebih teruk lagi, mengganggu tumpuan memandu.

  1. Bertolak lebih awal



Tidak susah untuk terfikir tips ini, bukan? Ya, dan ia sangat penting. Bertolak awal bukan sahaja memastikan anda sampai awal ke destinasi, malah boleh mengelakkan anda dari terburu-buru di jalanraya yang boleh menimbulkan pelbagai masalah lain.

  1. Gunakan GPS

Manfaatkan teknologi pada telefon pintar anda dengan menggunakan aplikasi mengemudi seperti Google Maps atau Waze untuk membolehkan anda sampai ke destinasi dengan sebaik mungkin (cepat dan selamat).

Tetapi, pastikan anda menggunakan telefon pintar dengan selamat. Sama ada memandu kereta atau menunggang motosikal, gunakan pemegang yang dikhaskan.

  1. Banyakkan mengalah

Bulan puasa mampu boleh menguji kesabaran kita dan jika kita benar-benar sabar, pasti mendapat ganjaran dari-Nya. Sifat bersabar ini juga boleh dipraktikkan semasa di jalanraya. Walaupun kita rasa kita betul dan pemangu/penunggang itu salah, bersabar dan mengalah adalah lebih baik.

  1. Kawal emosi

Hal ini berkait juga dengan tips no.3 di atas. Setiap kali anda marah bila orang “pancung” di depan anda atau kereta depan tiba-tiba belok tanpa signal, tariklah nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan.

Abaikan sahaja pemandu/penunggang sebegini. Sebaliknya, bersyukur sahaja anda tidak terlibat dalam apa-apa musibah.

  1. Pantau keadaan kenderaan

Jangan pandang remeh aspek teknikal dan penyelenggaraan kenderaan anda. Lakukan pemeriksaan berkala ke atas minyak enjin, keadaan enjin, tekanan angin tayar, dan sistem brek. Kenderaan yang dalam keadaan baik bukan sahaja dapat berkhidmat kepada anda dengan lebih lama, tetapi juga memastikan keselamatan anda ketika di jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here