Yamaha 135LC 2019 dipertingkat dan lebih murah

4372

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah mengumumkan harga cadangan (tanpa insurans) bagi Yamaha 135LC 2019 iaitu RM6,868.

Dengan ciri dipertingkat, harga ini adalah lebih rendah berbanding 135LC sebelumnya iaitu RM7,167 semasa pelancarannya.



Yamaha 135LC 2019 masih dipacu enjin 134cc SOHC sejukan cecair yang menghasilkan 12hp pada 8,500rpm dan 11.79Nm tork pada 5,500rpm. Transmisi pula ialah empa kelajuan.

Baharu pada 135LC 2019 ini adalah bahagian dada depan, lubang udara tepi, panel pelindung enjin dan rekaan panel.

Ciri lain yang dikekalkan termasuklah tangki bahan api empat liter, brek cakera depan dan dram di belakang, rim 17-inci dengan tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang), lampu halogen, fork teleskopik depan dan monoshock de belakang.

Tiga warna ditawarkan iaitu Fiery Red, Storm Blue dan Comet Grey. Setiap pembelian juga akan menerima pengunci brek cakera stainless steel.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here