Ducati Panigale V4 edisi istimewa bakal tiba di Malaysia tahun depan – 25th Anniversario 916?

1601

Pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd menunjukkan bahawa peminat Ducati di Malaysia boleh menjangkakan ketibaan sebuah Panigale istimewa tahun depan. Motosikal itu ialah Panigale V4 25th Anniversario 916.

Ia dilancarkan di Pebble Beach, California minggu lepas dengan kehadiran ‘Raja’ Carl Fogarty, juara empat-kali World Superbike Championship dengan Ducati pada 1990-an.



Untuk meraikan ulangtahun ke-25 Ducati 916, motosikal Panigale V4 25th Anniversario akan diberikan livery asal, komponen perlumbaan eksklusif dan hanya terhad kepada 500 unit. Setiap unit juga akan mendapat nombor unik.

Pasukan Ducati turut melanjutkan sambutan mereka kepada 916 pada Superbike World Championship (WorldSBK) 2019 di Laguna Seca minggu lepas apabila jentera Alvaro Bautista dan Chaz Davies memakai livery khas yang berinspirasikan jentera ulangtahun itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here