MINI Convertible baharu sebagai ulangtahun ke-60, terhad 20 unit sahaja

2015

MINI Malaysia memperkenalkan MNI Convertible baharu susulan sambutan ulangtahun ke-60 jenama itu.

Kenderaan bumbung terbuka bergaya ini hanya terhad kepada 20 unit dan hadir bersama tawaran unik seperti Program MINI Service + Repair 60 Bulan dan kejutan-kejutan lain yang akan didedahkan kemudian.



Sebagai mengambil warisan MINI yang dibanggakan, logo Union Jack dari rekabentuk MINI Yours kini dijahit kepada bumbung fabrik kereta ini. Bumbung elektrik ini boleh dibuka dan ditutup dalam 18 saat dan boleh digunakan ketika dipandu hingga 30km/j.

Bumbung yang direka unik ini turut menampilkan mekanisma unik lipatan-Z yang memberinya tiga mod, iaitu terbuka, tertutup dan sunroof untuk membenarkan udara segar masuk.

Dari segi luaran, MINI Convertible diberikan lampu depan Bi-LED yang dipertingkat berserta lampu belakang dengan rekaan nyalaan Union Jack yang menarik. Versi Convertible ini juga dapat dibezakan dari rim Raik Spoke berwarna Jet Black 17-inci yang sporti.

MINI Convertible ditawarkan dengan warna istimewa untuknya iaitu Caribbean Aqua. Sebagai tambahan terdapat juga warna-warna lain seperti Chili Red, Solaris Orange, Melting Silver dan Starlight Blue.

Ruang dalaman pula cukup mewah dengan balutan Leather Chester berwarna Malt Brown. Bahan ini juga terdapat di beberapa kawasan di konsol tengah dan panel pintu. Roda stereng pula diberi balutan Nappa Leather dengan jahitan tangan berwarna aluminium.

MINI Convertible juga menampilkan tombol gear elektronik baharu yang akan kembali ke posisi asalnya selepas ditolak ke mana-mana gear, seperti joystick.

Unit infotainmen terdiri dari skrin sesentuh 6.5-inci yang mengandungi MINI Connected berserta SIM 4G binaan dalam, Intelligent Emergency Call, TeleServices, MINI Online, Apple CarPlay dan Remote Services.

Secara mekanikal, MINi Convertible dikuasai enjin 2.0-liter empat-silinder TwinPower Turbo yang dibangunkan semula. Enjin ini mengeluarkan sekitar 192hp dan 280Nm tork.

Ia dipadan pula dengan transmisi automatik Steptronic Sports tujuh-kelajuan. Ini memberikan kereta ini pecutan ke 100km/j dalam 7.1 saat, dan kelajuan maksima 230km/j.

Walaupun ia model convertible, keselamatan dijamin dengan sistem perlindungan guling aktif sekiranya kereta ini terbalik. Kelengkapan keselamatan lain termasuklah Rear Park Distance Control, Dynamic Traction Control dan Dynamic Stability Control.

Harga MINI Convertible ini ialah RM279,888 termasuk pakej penyelenggaraan berjadual percuma 60 bulan serta jaminan tanpa had perbatuan 60 bulan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here